Aidilfitri | 1049 penuntut UUM pulang ke kampung halaman

  • 2 tahun lalu
Seramai 1,049 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing secara berperingkat bermula hari ini bagi sambutan Aidilfitri kecuali pelajar dari wilayah Sarawak.
Menurut Naib Cancelor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, penuntut universiti berkenaan akan bergerak pulang menggunakan beberapa kaedah seperti menerusi kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau penjaga, menaiki bas sewaan khas yang diselaraskan oleh universiti, serta penerbangan ke wilayah Sabah.

Disyorkan