'PH perlu rampas naratif berhubungan dengan rakyat dari Najib' - Rafizi
  • 2 years ago
Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, Rafizi Ramli berkata bekas perdana menteri Najib Razak kini secara berkesan menjadi pembangkang “de facto”.

Ini selepas dia "merampas" keupayaan pembangkang untuk "berhubungan dengan rakyat setiap hari" di laman media sosialnya.

Tetapi Rafizi Ramli yang baru-baru ini mengumumkan kembali aktif dalam arena politik berkata dia bersedia mengambil semula inisiatif itu daripada Najib untuk memperkasakan rayuan PH kepada pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang.
Recommended