MP Orang Asli pertama jika Ramli menang - Najib

  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat Orang Asli mencipta sejarah buat pertama kali dengan memberi kemenangan kepada calon BN Ramli Mohd Nor pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands 26 Januari nanti.

Kata Najib, berbeza dengan calon PH Manogaran, Ramli merupakan anak Orang Asli dari keturunan Semai.

Beliau berkata demikian dalam sesi santai bersama masyarakat Orang Asli di Pos Terisu semalam.