Sindiket dadah tumpas, polis rampas dadah RM25. 87 juta

  • 2 tahun lalu
Polis Pulau Pinang melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah bernilai 25.87 juta ringgit, selepas penahanan dua lelaki tempatan termasuk dalang utama kes berkenaan dalam siri serbuan di negeri itu.
Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang di beberapa kawasan di Nibong Tebal, sekitar jam 7 petang Isnin hingga 11 malam Rabu lepas.