Sindiket pengedaran dadah melalui kurier tumpas

  • 2 tahun lalu
Kerjasama antara polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang.
Kejayaan itu susulan rampasan sepuluh bungkusan plastik mengandungi sepuluh ribu gram dadah disyaki syabu pada 21 November lalu oleh Polis Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, bungkusan dadah tersebut disyaki untuk dihantar ke Sabah menerusi perhidmatan kurier.

Disyorkan