Feri Pulau Pinang: Kerajaan Negeri tunggu penjelasan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Pulau Pinang akan menunggu penjelasan daripada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berhubung status terkini perkhidmatan feri di negeri itu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan memberi masa kepada kedua-dua pihak untuk mendapatkan gambaran jelas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan sebelum sebarang keputusan mengenai operasi feri itu dimuktamadkan.