Penanda aras sokongan kerajaan, Bajet 2021 atau undi tidak percaya?

  • 2 tahun lalu
Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat Parlimen semalam dengan perbezaan tiga undi ahli Parlimen iaitu 111 menyokong 108 menolak dan seorang tidak hadir.
Persoalan kini tercetus mengenai sokongan terhadap kerajaan. Ada yang berpendapat Belanjawan 2021 ini cerminan sokongan terhadap kerajaan yakni kukuh dan baik.
Namun ada pula yang berpendapat ia tidak menggambarkan sokongan terhadap kerajaan berbanding jika usul undi tidak percaya itu dilakukan.
Untuk membincangkan mengenai perkara ini bersama saya di talian Skype ialah Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis.

Disyorkan