UiTM akan ambil tindakan pensyarah perlekeh pelajar B40

  • 2 years ago
Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pensyarah wanita yang memperlekehkan seorang pelajar B40 ketika sesi kelas atas talian.

Naib Canselornya Prof Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja atau tidak.