AWANI Pagi: Lahir buku ketika pandemik COVID-19

  • 2 tahun lalu
Penularan pandemik COVID-19 pada skala global menjejaskan semua bidang dan sektor, tanpa terkecuali kesusasteraan serta industri buku seluruh dunia.
Secara makro, penularannya yang mendorong kepada langkah memperkenalkan perintah berkurung atau kawalan pergerakan, memberi impak yang besar kepada industri buku - kepada syarikat penerbitan, kepada kedai buku, malah kepada pengarangnya sendiri.
Namun, di celah-celah kepayahan itu ada juga yang boleh melahirkan dan mempromosi buku itu sendiri tanpa bergantung kepada penerbit.

Disyorkan