AWANI Pagi: Seniman prihatin ketika pandemik COVID-19

  • 2 tahun lalu
Industri seni merangkumi perfileman, persembahan, nyanyian antara sektor yang turut terkesan, tidak dapat menjalankan aktiviti mereka.
Susulan tiada aktiviti dibenarkan beroperasi, ada yang hilang mata pencarian mereka. Dari pelakon, pengarah begitu juga dengan krew produksi lain.
Namun itu kisah ketika PKP yang lalu.

Sekarang diberi sedikit kelonggaran dan dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat. Jadi kita ingin melihat bagaimana impak yang diterima oleh penggiat industri, dan apakah antara inisitif mereka, produksi, persatuan untuk memulihkan impak ini dan juga mengurangkan beban "penggiat seni ini sendiri".

Kita bersama Zed Zaidi, Pengerusi Seniman dan Dazrin Kamarudin, Pelakon untuk perinciannya.

Disyorkan