Tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi - MCMC

  • 2 tahun lalu
Syarikat Common Tower Technologies Sdn Bhd (CCT) akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar di Kampung Gusi, Papar, Sabah melalui Teknologi Terminal Satelit Apertur Sangat Kecil (VSAT) pada 15 Disember ini.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), perkhidmatan disediakan anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd itu sebagai penyelesaian sementara kepada masalah capaian internet di kawasan berkenaan.