Telekomunikasi | MCMC diminta wujud SOP akses telekomunikasi

  • tahun lalu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi diminta segera mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) akses telekomunikasi di kawasan bencana.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, beliau akan berbincang dengan MCMC serta penyedia rangkaian mudah alih bagi menyegerakan SOP itu terutama apabila wujud keperluan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat.