Kes tertinggi dicatat di Lembah Klang: Adakah PKPB berkesan?
  • 2 tahun lalu
Daripada 1,210 kes COVID-19 yang dicatatkan semalam, negeri-negeri di Lembah Klang merkodkan kes baharu tertinggi dengan 42.8 peratus kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kebanyakan kes baru di Lembah Klang adalah daripada Kluster Tapak Bina Damanlela dengan 206 kes semalam.

Ini menimbulkan persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkesan dalam mengekang lonjakan kes di tengah gelombang ketiga ini.

Bagi mengulas lanjut, bersedia menerusi Skype, Profesor Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.
Disyorkan