#AWANIJr: Ikatan Hang Tuah & TUNSAS
  • 2 tahun lalu
18 Ogos 2020 merupakan pertemuan pertama TVPSS Hang Tuah Channel bersama Guru Besar Azman Janudin, 54, Guru Penolong Kanan Koku serta beberapa orang guru Sek Keb Tun Syed Ahmad Sahabuddin (TUNSAS), Ayer Keroh Melaka. Pertemuan ini sebagai bimbingan asas mengwujudkan tvpss di SK TUNSAS terutama dalam penyediaan 'greenscreen', studio mini ,peralatan, teknik suntingan video yang menepati siaran ke Awani Junior. Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan, 12, pengacara Hang Tuah Channel turut berkongsi cara temubual dan sebagai pengacara Awani Junior.Dengan bimbingan ini diharapkan, sekolah-sekolah di Negeri Melaka terutama di daerah Melaka Tengah akan dapat mengwujudkan tvpss sebagai platform bersiaran di peringkat global.