Dakwaan Hang Tuah: Hang Nadim beri pendapat

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Sidang akhbar yang dibuat oleh individu bernama Hang Tuah @ Shazrin Mohamad Zain pada 10 April baru-baru ini mengundang kontroversi yang tidak sepatutnya berlaku.
Tindakan Hang Tuah, 41, yang tidak puas hati dengan kenyataan isteri Seniman Tan Sri Jins Shamsudin, Puan Sri Halijah Abdullah berhubung bilangan anak Jins ternyata menyentak bekas juruterbang syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X itu.
Dalam sidang akhbar tersebut, anak bongsu Jins Shamsudin, Putera Hang Nadim, 24, hadir sama untuk mendengar kenyataan daripada Hang Tuah yang diapit oleh dua orang peguam sepanjang sidang akhbar itu berlangsung.
Ikuti jawapan Hang Nadim menerusi temubual video Utusan Online selepas berakhirnya sidang akhbar Hang Tuah @ Shazrin Mohamad Zain. -UTUSAN ONLINE