'Kaki' selfie bawa tuah

  • 6 tahun lalu
PETALING JAYA - Gemar berselfie menular dalam kalangan rakyat Malaysia sejak mengenali telefon pintar.
Tanpa mengira usia tua ataupun muda, budaya selfie turut dijadikan pertandingan dengan tawaran hadiah yang lumayan.

Tahun lepas, akhbar Utusan Melayu Mingguan buat pertama kalinya menganjurkan Pertandingan Selfie Ramadan & Syawal @ Nusantara dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Terbuka, Remaja dan Sekolah.
Hadiah pertama setiap kategori bernilai RM5, 000, kedua, RM3, 000 dan ketiga, RM1, 000 manakala 10 hadiah saguhati setiap kategori bernilai RM500 turut ditawarkan.

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Selfie Ramadan & Syawal @ Nusantara telah diadakan di Auditorium Angkasa, Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya baru-baru ini.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Bagi kategori sekolah, tiga pemenang tempat teratas akan menerima hadiah masing-masing yanh akan disampaikan pada bulan April di sekolah pemenang.

Ikuti temubual bersama para pemenang dan penerima hadiah saguhati iaitu seorang warga emas, Hasnah Abu. - UTUSAN ONLINE.