COVID-19: Penangguhan vaksin Astrazeneca satu peringatan - WHO

  • 2 tahun lalu
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan penangguhan ujian Vaksin Astrazeneca COVID-19 sebagai satu peringatan.
Ketua Saintis WHO, Dr. Soumya Swaminathan berkata keputusan syarikat farmaseutikal menangguhkan ujian vaksin COVID-19 itu atas alasan keselamatan menunjukkan bukan mudah untuk menghasilkan vaksin dan tiada jalan pintas bagi pelaksanaannya.