59 individu dikompaun, 22 lagi direman kerana ingkar arahan PKP

  • 2 tahun lalu
Seramai 81 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam kenyataan media pada Rabu, daripada jumlah itu seramai 59 individu dikompaun manakala 22 lagi direman.