Penduduk potong gelang kuarantin selepas tamat TEMCO
  • 2 tahun lalu
Susulan keputusan kerajaan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Pentadbiran (TEMCO) lebih awal bermula hari ini, di dua kampung di Perlis serta 4 mukim di Kedah.

Beberapa perubahan dapat dilihat terutama ketiadaan sekatan jalanraya yang dijalankan di mukim-mukim terlibat selain penduduk mula datang ke klinik terdekat bagi memotong gelang kuarantin atau gelang merah jambu bermula awal pagi tadi.

Perinciannya untuk jam ini, wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang difahamkan baru sahaja selesai membuat liputan disana.