Kerajaan Negeri Perlis umum TEMCO di Kuala Sanglang
  • 2 tahun lalu
Kerajaan Negeri Perlis melalui jawatankuasa keselamatan negeri telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Bersasar (TEMCO) di dua kampung di Sanglang.

Perlaksanaan perintah tersebut akan melibatkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula jam 10 malam, 8 Ogos sehingga 4 September depan.