Kemasukan penuntut universiti awam di Kedah, Sarawak ditangguh

  • 2 tahun lalu
Kemasukan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Kedah dan Sarawak yang dijadualkan awal Oktober ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Penangguhan itu berikutan peningkatan kes penularan pandemik COVID-19 di kedua-dua negeri berkenaan.