#AWANIJr: Online Course pilihan penuntut universiti semasa PKPB

  • 2 tahun lalu
Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah lanskap kehidupan manusia pada har ini. Dengan Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula dari 4 Mei 2020 hingga 9 Jun 2020 , setiap individu tidak mempunyai peranan khusus dalam perkhidmatan utama perlu berada di rumah masing-masing, kurangkan pergerakan dan kurangkan bersentuhan.

Pelaksanaan pembelajaran atas talian memerlukan mahasiswa dan mahasiswi membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Mereka tidak boleh lagi menggunakan set pemikiran dahulu iaitu menunggu pensyarah untuk bercakap atau berkuliah baharu mula belajar. Bagi pelajar universiti, inilah masanya untuk mengasah kemahiran pembelajaran sepanjang hayat supaya mereka bersedia untuk alam pekerjaan.

Wartwan TV AL-HIKMAH SMA Marang dengan kerjasama SeNILAMTV SMK Seri Nilam menampilkan pengacara bergabung sempena PKPB ini iaitu adik Hadeeja Sofiya Saidin, 13 dan adik Nur Ain Abdullah,15 membawakan kepada anda perkongsian mahasiswa dan mahasiswi kuliah mereka semasa PKPB ini.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Disyorkan