Realiti Rakyat: Industri pelancongan di Sabah semakin rancak

  • 2 tahun lalu
Dalam segmen Realiti Rakyat kali ini, kita ingin membawa perkongsian mengenai sektor pelancongan.
Menjadi sektor yang paling awal terkesan dan paling lewat untuk kembali pulih susulan covid-19, semestinya menuntut satu strategi berlainan untuk kembali pulih dalam memastikan sektor ini dapat bernafas semula.
Negeri Sabah memiliki lebih daripada 50 lokasi pelancongan menarik dan kaya dengan alam semula jadi terutamanya di pulau-pulau, pusat penjagaan hidupan liar dan kawasan taman negara yang menjanjikan keindahan hutan belantara Borneo.
Negeri di bawah bayu ini juga mempunyai keunikan pelbagai suku kaum dan etnik dengan kepelbagaian kebudayaan serta kesenian, yang merupakan tarikan pelancong untuk mendalami tentang keunikan penduduk di sabah daripada pelbagai aspek.

Disyorkan