Rosmah minta sumbangan RM187.5 juta daripada Projek Solar Hibrid sekolah

  • 2 tahun lalu
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Rosmah Mansor didakwa meminta sumbangan RM187.5 juta, 15 peratus daripada keseluruhan kos projek solar hibrid sekolah luar bandar di Sarawak iaitu sebanyak RM1.25 bilion, menurut saksi ke-16 pendakwaan Rayyan Radzwill Abdullah di Mahkamah Tinggi hari ini. Selain itu, pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor pula meminta Jepak Holdings membayar RM5 juta setahun sebagai habuan kepada beliau dalam usaha meluluskan projek itu.