NORMAL BAHARU: Pengajian Tinggi UM lonjak ranking

  • 2 tahun lalu
Universiti Malaya (UM) menduduki tempat ke-59 dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) 2021, meningkat 11 tangga daripada kedudukan pada 2019.
Universiti ini memperoleh skor keseluruhan 70.1, peningkatan 4.5 peratus daripada tahun lepas.
UM terus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kedudukannya di peringkat global selama beberapa tahun, daripada tangga 167 pada tahun 2014 ke kedudukannya hari ini, menjadikannya antara 5 peratus teratas daripada 1,002 institusi yang dinilai QS-WUR.
Bersama sama di Skype waktu ini, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim Naib Canselor UM.