WHO sokong protes perkauman, gesa amalkan langkah selamat

  • 2 tahun lalu
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyokong gerakan global menentang perkauman dan berharap mereka yang menyertai protes melakukannya dengan selamat.
Ketua Pengarahnya, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru agar penunjuk perasaan mengamalkan penjarakan sosial satu meter antara satu sama lain, membersihkan tangan dan memakai topeng muka semasa berdemonstrasi.
Beliau turut menyarankan agar mereka yang sakit supaya kekal di rumah dan menghubungi penyedia perkhidmatan kesihatan.

Disyorkan