Realiti Rakyat: Infrastruktur digitalisasi perlu dilihat semula terutama luar bandar

  • 2 tahun lalu
Pelbagai inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) terutama dalam pendigitalisasi diumumkan kerajaan pada Jumaat bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi serta pertumbuhan pekerjaan di negara ini.
Usaha itu disambut baik oleh ramai usahawan PKS dan mikro namun capaian internet yang tidak bagus mungkin menjadi kekangan kepada sesetengah usahawan PKS luar bandar.
Itu yang dihadapi Pengusaha Pusat Santuari Landak Raya Kg. Tala, Jeneri, Kedah Mahadzir Abd Hamid dalam melihat kempen pendigitalan perniagaan PKS dan mikro yang diumum kerajaan.