Liga bola sepak Malaysia tidak dibenarkan - Ismail Sabri

  • 2 tahun lalu
Penganjuran liga bola sepak Malaysia tidak dibenarkan meskipun tanpa dihadiri penonton kerana sukan tersebut mempunyai kontak fizikal antara pemain yang disifatkan bahaya.
Namun demikian, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh membuat permohonan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk dibincangkan nanti.
Pun begitu katanya, ia tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).