Peniaga didenda RM5,000 memandu keadaan mabuk

  • 2 tahun lalu
Seorang peniaga didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Alor Setar hari ini atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, Rabu lalu.
Tertuduh, Sim Kah Wei, 49, berasal dari Butterworth, Pulau Pinang, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.