Eksport produk sawit Malaysia catat penurunan 34.8 peratus
  • 2 tahun lalu
Eksport produk sawit Malaysia mencatatkan penurunan signifikan sebanyak 34.8 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April lalu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu, eksport produk sawit susut kepada 1.48 juta tan, berbanding 2.27 juta tan.