Menteri- Sekatan ke atas FGV tidak jejas eksport produk sawit ke AS
  • 3 years ago
Eksport produk sawit Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) secara amnya tidak menghadapi sebarang masalah kecuali sekatan dagangan ke atas produk sawit negara keluaran Felda Global Ventures (FGV) yang bermula pada 1 Oktober 2020.

Sehubungan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata sekatan berkenaan tidak memberi kesan signifikan terhadap sektor tersebut.

Menyentuh dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV menggunakan tenaga buruh paksa, Mohd Khairuddin berkata Malaysia jelas tidak membenarkan sebarang bentuk penyeksaan, penindasan dan keganasan fizikal dan seksual terhadap mana-mana pekerja di semua sektor di negara ini.