Kerugian penipuan jualan topeng muka cecah RM4.2 juta

  • 2 tahun lalu
Jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, modus operandi penipuan itu melalui media sosial dan bersemuka. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan sebelum membuat pembayaran menerusi portal semak semakmule.

Terdahulu beliau memberitahu, warga asing yang memiliki dokumen perjalanan sah akan dikenakan tindakan sama iaitu ditahan, direman dan dihadapkan di mahkamah. Warga asing yang tiada dokumen tersebut akan ditahan dan dihantar ke depo imigresen untuk tindakan selanjutnya.