PKP: Pecut sehingga habis minyak, pasangan kekasih ingkar dicekup

  • 2 tahun lalu
Sepasang kekasih terpaksa dikejar sejauh 15 kilometer oleh pasukan polis peronda selepas pasangan terbabit enggan memberhentikan kenderaan mereka ketika diminta berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Suprintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira -kira jam 7 petang kelmarin, pemandu lelaki berusia 24 tahun dan penumpang wanita berusia 18 tahun itu akhirnya berjaya ditahan.