COVID-19 tidak sama dengan HIV - Dr Noor Hisham

  • 2 tahun lalu
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 tidak mempunyai persamaan. Jelas Dr Noor Hisham, jangkitan COVID-19 mempunyai dua peringkat iaitu peringkat infektiviti dan peringkat inflamasi. Seterusnya, kluster Sri Petaling masih lagi merupakan kluster terbesar iaitu 40 peratus kes positif di Malaysia. Berkenaan kes sporadik di dalam negara, terdapat 69 kes sporadik dikesan di Malaysia.