120 orang disaring, 6 positif di kluster Pangsapuri Cheras - Dr Noor Hisham DESC
  • 2 tahun lalu
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 120 orang telah disaring, dimana 6 didapati positif melibatkan kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras setakat 2 Jun 2020.

Malaysia sedang melaksanakan langkah 'soft-landing' sebagai strategi yang membenarkan semua sektor buka semula sedikit demi sedikit berdasarkan laporan angka COVID-19 harian, tambah Dr Noor Hisham.