[INFOGRAFIK] Apa yang rakyat Malaysia bualkan sepanjang PKP?

  • 2 tahun lalu
Memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia kini mula membiasakan diri dengan norma baharu kehidupan.

Aktiviti dalam talian seperti interaksi media sosial, perbualan, panggilan video, mesyuarat dan membeli-belah merekodkan penggunaan yang tinggi.

Ini antara fakta menarik berkenaan kajian yang dilakukan Berkshire Media melibatkan 3.9 juta data media sosial merentasi lapan platform dan saluran selama 20 hari bermula 16 Mac hingga 6 April lalu.