PKPD Selangor Mansion: Penduduk mungkin dipindahkan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Wilayah Persekutuan mungkin memindahkan sejumlah penduduk di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India selepas kedua-dua bangunan itu diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan mempertimbangkan cadangan yang akan dikemukakan Kementerian Kesihatan selepas mendapati kepadatan penduduk di kedua-dua bangunan itu begitu tinggi.

Disyorkan