Kekal persekitaran komersial tambah baik industri penerbangan awam

  • 2 tahun lalu
Penubuhan dan pengekalan persekitaran komersial yang adil dan kompetetif menjadi antara teras strategik untuk menambahbaik industri penerbangan awam negara dari segi ekonomik.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, selain itu penyediaan infrastruktur lapangan terbang yang cekap dan berkesan dari segi penyampaian perkhidmatan dan operasi turut menyumbang kepada langkah berkenaan.