Pengutip sampah dipenjara enam bulan

  • 2 tahun lalu
Seorang pengutip sampah dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Ahad selepas didapati bersalah melakukan pencerobohan dan membakar di pusat pelupusan sampah, milik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dekat Semeling, Kedah pada bulan lepas.

Tertuduh Muhamad Zainon Idris, 35, dari Kampung Guar Station, Pendang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pembakaran sehingga menyebabkan kebakaran besar sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Disyorkan