Kimanis Memilih: Tiada insiden serius - SPR

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang bermula pukul 7.30 tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden serius, setakat ini.
Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau belum menerima sebarang aduan dan pengundian berlangsung secara aman.