Kemarau awal tiba, petani rugi hampir RM1 juta

  • 2 tahun lalu
Kira kira 35 petani yang mengusahakan sawah di bawah kelolaan Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena, terpaksa menanggung kerugian hampir RM1 juta apabila lebih 72 hektar tanaman padi mereka rosak akibat kemarau.

Kehadiran kemarau yang lebih awal berbanding jangkaan asal iaitu sekitar Februari, turut menyebabkan sawah petani kering kontang akibat ketiadaan sumber air.