Gundala gabungkan pelakon Malaysia-Indonesia

  • 2 tahun lalu
Jika anda peminat filem adiwira, ini masanya untuk anda menonton filem adiwira dari Indonesia, Gundala.
Malah apa yang lebih menarik filem ini turut dibintangi oleh pelakon Malaysia iaitu Bront Palarae yang memainkan watak antagonis iaitu engkor.
Melihat gabungan Malaysia - Indonesia di dalam filem ini, pengarah filem Joko Anwar menyatakan bahawa dia sentiasa mencari pelakon-pelakon dari luar negara untuk bergabung bersama terutamanya dari Malaysia.