Buletin AWANI Khas: PKPP - Garis panduan ibadah umat Islam di Malaysia
  • 2 tahun lalu
Pendekatan soft landing dengan pembukaan masjid, surau Jumaat dan surau serta perluasan kapasiti jemaah secara bertahap (Tadarruj) yang bermula sejak 15 Mei 2020 oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri khususnya pihak berkuasa agama negeri dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah wajar bagi memastikan kesejahteraan umat Islam.
Ringkasnya, Pok De dan Mok De yang tinggal di wp Putrajaya, bolehlah ke Masjid Mahmoodiah, Presint 16 yang berada dalam zon hijau untuk menunaikan solat berjemaah.
Cucu-cucu yang berumur 12 tahun ke bawah, tak dibenarkan ikut bersama buat masa ini.
Sepanjang tempoh PKP dan PKPB, mungkin Pok De memenuhi masa lapang dengan mendengar ceramah saya melalui Spotify dan Youtube. Mok De boleh ingatkan Pok De yang kuliah Maghrib dan kuliah Subuh telah mula diadakan kembali.
Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik IKIM dan Ustaz fauwaz fadzil noor, Konsultan Syariah, Telaga Biru Sdn.Bhd.
Disyorkan