Anggota polis antara dua ditahan miliki senjata tiruan dan dadah

  • 2 tahun lalu
Dua lelaki termasuk seorang anggota polis ditahan kerana memiliki pistol tiruan serta barang curi di Taman Kamariah, Batu 6, di Gombak pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek berusia 21 dan 27 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang melakukan rondaan cegah jenayah kira-kira 12.30 tengah malam.