#AWANIByte: Pengunjung pakat 'makan' lukisan coklat ini!

  • 2 tahun lalu
Sebuah lukisan mural yang menggambarkan potret pelukis terkemuka Rusia telah dipamerkan kepada umum pada Sabtu.

Ia diperbuat daripada 4,000 keping coklat dan manisan yang mana pengunjung bukan sahaja boleh menikmati potret berkenaan, malah merasai sendiri kepingan coklat yang digunakan untuk 'melukis' potret berkenaan.