Pertama kali jejak kaki di Alor Setar! Singgah Muzium Padi, makan laksa dan ‘selfie’ di Pekan Cina

  • tahun lalu
Episod Bucket List kali ini, mStar bersama penyanyi Ashmirul untuk meneroka negeri Kedah Darul Aman.

Kedah memiliki banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong.

Antara lokasi yang wajib berada dalam senarai kunjungan ialah Muzium Padi, Muzium Negeri Kedah dan Rumah Merdeka.

Bagi pencinta makanan, tak sah kalau tak singgah di restoran laksa terkenal iaitu Laksa Zakaria Teluk Kechai.

Untuk anda yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti pelancongan dan lokasi menarik untuk dikunjungi bolehlah layari laman web www.malaysia.travel

Disyorkan