Saksi ke-8 selesai beri keterangan selepas lima hari perbicaraan

  • 2 tahun lalu
Selepas lima hari perbicaraan kes 1MDB berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saksi ke-lapan pendakwaraya Datuk Amhari Efendi Nazaruddin selesai memberi keterangan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.

Beliau dianggap saksi penting kerana terlibat dalam pengurusan 1MDB, termasuk menjadi wakil kepada kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rundingan dengan China dan Rusia untuk menjamin hutang syarikat itu.