Perbicaraan 1MDB: Saksi kelapan sambung keterangan

  • 2 tahun lalu
Hari keenam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula dengan saksi kelapan, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin menyambung keterangan.

Pada prosiding hari ini, bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak itu disoal sama ada beliau mengisytiharkan pinjaman berjumlah 2 ratus ribu dolar Amerika kepada kerajaan.

Peguambela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga menyoal sama ada saksi menyedari bahawa sebagai seorang penjawat awam tindakannya tidak mengisytiharkan pinjaman itu merupakan satu kesalahan.