SPRM sedia siasat insiden ganguan sistem KLIA

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat insiden ganguan sistem yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sekiranya diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun Ketua Pesuruhjayanya,Latheefa Koya berkata setakat ini tiada sebarang aduan mahupun laporan yang diterima pihaknya berhubung perkara itu.

Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan wifi, sistem paparan maklumat penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi (BHS).

Disyorkan