Subkontraktor didakwa cuba rompak, cederakan penghantar makanan Grab

  • 2 tahun lalu
Seorang subkontraktor didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dua pertuduhan cuba merompak motosikal milik penghantar makanan Grab Food dan mencederakan mangsa 9 Ogos lalu.
Abu Bakar Subianto bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret M. Bharat.